suria

Letupan Pangkalan Antartika: 2 Maut

SAO PAULO: Letupan di pangkalan penyelidikan Brazil di Antartika mengakibatkan dua pegawai tentera laut terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Menteri Pertahanan Brazil, Celso Amorim mengesahkan kematian dua pegawai yang tidak bertugas, Carlos Alberto Vieira Figueiredo dan sarjan Roberto Lopes dos Santos yang pada awalnya dilaporkan hilang.

"Bagi menjalankan tanggungjawab mereka, kedua-duanya berada di kawasan berisiko sebagai usaha memadamkan kebakaran itu dan mereka terbunuh," katanya di sini, Ahad. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain