suria

Keganasan Syria: 94 Terbunuh

NICOSIA: Keganasan yang tercetus di Syria pada Sabtu mengakibatkan 94 terbunuh termasuk 68 daripadanya adalah orang awam.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia, berkata angka kematian termasuk 24 orang awam yang terbunuh di bandar Homs yang sudah dikepung manakala lapan yang lain dibunuh di sekitar bandar berkenaan.

Katanya, 23 ahli pihak keselamatan rejim Syria terbunuh di sekitar negara itu susulan pertempuran dengan tentera yang tersisih dan kini memihak kepada pihak pemberontak. Sementara itu, katanya, tujuh yang lain terbunuh di wilayah sekitar Alep, lapan di Hama, 10 di Idlib dan 11 di Dera.

Berdasarkan pemerhatian gerakan hak asasi manusia terbabit, tiga askar yang tersisih dipercayai terbunuh di Alep dan Deraa. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain