Doktor Pakar Di Surabaya Tangani Kes Bayi Jantung Di Luar Badan - Dunia | mStar

Doktor Pakar Di Surabaya Tangani Kes Bayi Jantung Di Luar Badan

JAKARTA: Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.

Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan keadaannya.

Media tempatan melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya.

Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.

Seorang doktor pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah satu berbanding lima juta kelahiran bayi.

Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan dan setelah keadaannya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Barat Daya Siberia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain