suria

Panel PBB Senarai Pemimpin Syria Untuk Disiasat

GENEVA: Panel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) telah menyediakan senarai pegawai tertinggi Syria yang mungkin akan disiasat terhadap jenayah kemanusiaan.

Pakar-pakar PBB berkata mereka mempunyai bukti yang boleh dipercayai bahawa pegawai-pegawai tentera Syria dan "pegawai-pegawai di peringkat tertinggi kerajaan bertanggungjawab terhadap "jenayah kemanusiaan dan pelanggaran hak manusia."

Panel yang diketuai oleh Profesor dari Brazil, Paulo Sergio Pinheiro Khamis berkata sampul surat yang mengandungi nama-nama individu dan unit-unit tentera yang mungkin boleh disiasat diberikan pejabat hak asasi manusia PBB di Geneva.

Senarai ini juga mengandungi beberapa kumpulan pembangkang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain