suria

China Gesa Myanmar Jamin Kawalan Sempadan

BEIJING: China menggesa Myanmar untuk memastikan keselamatan di sepanjang sempadan berikutan serangan terhadap kapal di perairan dan aliran pelarian yang melarikan daripada pertempuran dengan etnik minoriti militias.

Menteri Luarnya pada Jumaat berkata, penasihat ketua kerajaan Jia Qinglin memberitahu Menteri Luar Myanmar, Thura Shew Mann bahawa China berharap Myanmar boleh mencari jalan damai untuk menyelesaikan konflik etnik.

China, Myanmar, Laos dan Thailand memulakan rondaan bersama di Sungai Mekong pada Disember lalu selepas 13 pelaut Cina terbunuh di sungai melalui kawasan segitiga emas, yang terkenal dengan kawasan pengeluaran dan pengedaran dadah.

Anggota-anggota kumpulan etnik Myanmar, Kachin telah melarikan diri merentasi sempadan ketika pertempuran antara pihak tentera dan militias. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain