suria

Puteri Mahkota Sweden Lahir Bayi Perempuan

STOCKHOLM: Putera Sweden, Daniel berkata, isteri beliau Puteri Mahkota Victoria selamat melahirkan anak pertama mereka, seorang bayi perempuan.

Daniel berkata, anak mereka yang merupakan pewaris kedua bagi takhta diraja dilahirkan pada 4.26 pagi waktu tempatan pada Khamis di Hospital Universiti Karolinska di Solna, pinggiran Stockholm.

Beliau berkata, kedua-dua isteri dan anaknya dalam keadaan sihat.

Pada Jun 2010, Victoria mengahwini Daniel, seorang rakyat biasa yang merupakan jurulatih peribadinya.

Mahkamah Diraja pada Ogos tahun lalu mengumumkan Victoria mengandung dan dijangka akan bersalin pada awal 2012.

Victoria, 34, merupakan pihak seterusnya untuk mewarisi takhta yang kini dipegang oleh bapanya, Raja Carl XVI Gustaf sejak 1973.

Bagi monarki Sweden, rajanya mewakili negara sebagai ketua tetapi tanpa kuasa politik. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain