suria

Maluku Dilanda Gempa Bumi

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda Maluku Tenggara petang Rabu.

Maklumat oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia menyebut bahawa kejadian itu berlaku di 98 km ke Timur Laut Maluku Tenggara dan 112 km ke Timur Laut Tual-Maluku, di kedalaman 14 km, pada pukul 5.45 petang, Rabu.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda. -BERNAMA

Artikel Lain