suria

Lima Maut Tembakan Di Spa Korea

WASHINGTON: Lima terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah Spa Korea, di luar Atlanta pada Rabu, menurut laporan stesen berita tempatan dan pihak polis daerah itu.

Ketua Polis, Warren Summers berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

Katanya, tembakan itu berlaku kira-kira pukul 8.40 malam (waktu tempatan) di spa kesihatan Sujung.

Polis mengesahkan angka kematian meningkat kepada lima orang.

Bagaimanapun, polis enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Artikel Lain