suria

Kevin Rudd Letak Jawatan Menteri Luar Australia

SYDNEY: Menteri Luar Australia, Kevin Rudd mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu susulan spekulasi beliau merancang untuk merampas kuasa daripada Perdana Menteri, Julia Gillard.

Pengumuman itu dibuat ketika sidang media awal pagi Rabu di Washington ketika beliau dalam lawatan kerja ke negara itu.

"Saya hanya boleh menjalankan tugas sebagai menteri luar jika yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Gillard dan menteri-menteri kanan.

"Oleh itu, saya percaya perkara paling mulia untuk dilakukan adalah meletak jawatan," katanya.

Artikel Lain