suria

Tiga Adik-Beradik Berdepan Tali Gantung Pengeboman Kereta Tahun 2007

BAGHDAD: Tiga adik-beradik dan seorang lelaki keempat akan ke tali gantung terhadap pengeboman kereta pada Mac 2007 di Baghdad yang membunuh enam orang dan mencederakan tujuh yang lain, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Majlis Tinggi Kehakiman.

Iraq telah melaksanakan hukuman ini terhadap sekurang-kurangnya 65 orang setakat tahun ini, menghampirijumlah 68 untuk sepanjang tahun 2011.

"Mahkamah jenayah pusat Iraq mengeluarkan hukuman gantung sampai mati terhadap tiga adik- beradik dan seorang defendan yang terlibat dengan mereka dalam meletupkan kereta di kawasan Bayaa," kata kenyataan itu.

Defendan, yang hanya dikenal pasti melalui nama singkatan mereka, mengaku membawa bom ke kepunyaan Al-Qaeda dan menjalankan pengeboman di Bayaa, selain terlibat dalam serangan lain, katanya.

Pada 7 Februari, Iraq menjatuhkan hukuman gantung terhadap 14 orang yang kebanyakan di antara mereka merupakan puak pelampau Al-Qaeda.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Navi Pillay terkejut dengan bilangan hukuman mati di Iraq, mengkritik kekurangan ketelusan dalam prosiding mahkamah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain