suria

Mangsa Kematian Letupan Berani Mati Di Pakistan Meningkat 32 Orang

PESHAWAR (Pakistan): Angka kematian tragedi letupan bom oleh pengebom berani mati di sini pada Jumaat telah meningkat kepada 32 orang.

Wajid Ali, salah seorang pentadbir awam di pekan Parachinar di mana kejadian ini berlaku berkata, sembilan mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital sejak kejadian itu berlaku.

Laporan awal menyebut 23 orang mati di tempat kejadian semalam manakala 67 lagi cedera.

Letupan itu berlaku apabila seorang penunggang motosikal meletupkan dirinya ketika sedang melalui kawasan pasar Parachinar yang padat dengan orang awam.

Wajid dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa kemudiannya telah menembak mati empat orang yang memprotes kejadian itu kemudiannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain