suria

Maharaja Jepun Jalani Pembedahan Jantung

TOKYO: Maharaja Akihito akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Tokyo pada Sabtu.

Maharaja yang berusia 78 tahun itu tiba di hospital berkenaan pada jam 10 pagi Jumaat bertemankan istrinya Maharani Michiko.

Pembedahan itu dijangka akan berlangsung selama lima jam dan akan dilakukan oleh pakar-pekar jantung dari Universiti Tokyo dan Universiti Juntendo, iaitu sebuah universiti swasta.

Sepanjang ketiadaannya, anak sulung Akihito, Putera Mahkota Naruhito, akan mengambil alih urusan rasmi istana.

Maharaja Akihito menaiki takhta pada tahun 1989 ekoran kemangkatan bapanya, Maharaja Hirohito.

Dinasti Diraja Jepun adalah dinasti yang tertua di dunia. Susur galurnya tidak terputus sejak seribu tahun yang lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain