suria

Syarikat Penerbangan Kingfisher Catat Kerugian Baru

MUMBAI: Syarikat penerbangan India yang mempunyai masalah hutang, Kingfisher mencatatkan kerugian bersih hampir dua kali ganda pada suku akhir tahun 2011 menjadikannya semakin dihimpit dalam krisis kewangan.

Ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak 4.44 bilion rupee ($88 juta) dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember lalu, berbanding 2.54 bilion rupee bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Jualannya menyusut kira-kira 25 peratus kepada 13.42 bilion rupee daripada 17.9 bilion rupee manakala caj faedah ke atas hutang yang banyak meningkat kepada 3.5 bilion rupee berbanding 3.4 bilion rupee tahun sebelumnya.

Syarikat itu sepatutnya mendedahkan perangkaan tersebut bagi suku ketika fiskalnya pada Selasa tetapi tidak dapat melakukannya ekoran masalah kelengkapan dalam sistem perakaunan.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Bangalore itu menunjukkan kemerosotan dalam pasaran penumpang sejak beberapa bulan kebelakangan ini sedang berusaha untuk menangani krisis aliran tunai yang dikatakan berpunca daripada kos bahan api dan cukai jualan yang melonjak tinggi serta persaingan harga tempatan.

Kingfisher yang dimiliki oleh hartawan Vijay Mallya pernah mencatatkan keuntungan bersih sejak ia mula beroperasi pada tahun 2005. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain