suria

Qantas Umum Rancangan Buang Pekerja & Potong Kos Operasi

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengumumkan pada Khamis bahawa mereka akan membuang 500 orang pekerja, memotong kos operasi dan menutup dua laluan antarabangsa mencatatkan pendapatan yang tidak memberansangkan.

Keuntungan bersih syarikat itu telah menjunam sehingga 83 peratus.

Untuk enam bulan terakhir tahun lalu, keuntungan bersih Qantas telah menurun dengan begitu teruk sekali iaitu hanya Aus$42 juta berbanding Aus$241 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Qantas mengenalpasti dua punca kepada penurunan keuntungan bersih ini pertama ialah kenaikan harga bahan api dan kedua kerana isu mogok Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain