suria

Penjara Di Honduras Terbakar : 100 Mati

TEGUCIGALPA: Pihak berkuasa berkata, kebakaran yang berlaku di penjara di Honduras telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 penghuni dam 80 orang lagi parah.

Jurucakap jabatan bomba Comayagua, Josue Garcia berkata, dia yang menyaksikan keadaan api yang marak sambil cuba memadamkannya.

Dia berkata, kira-kira 100 banduan mati hangus terbakar atau lemas di dalam sel-sel mereka.

Garcia berkata, kebanyak banduan terperangkap kerana pengawal yang mempunyai kunci-kunci sel tidak dapat dikesan.

Penjara yang menampung sekurang-kurangnya 800 penghuni itu terletak di 140 kilometer dari utara bandar di Amerika Tengah, Tegucigalpa. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain