Ekonomi Singapura Dijangka Berkembang 1.0 - 3.0 Peratus Tahun Ini - Dunia | mStar

Ekonomi Singapura Dijangka Berkembang 1.0 - 3.0 Peratus Tahun Ini

SINGAPURA: Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya pada 2012 pada kadar 1.0-3.0 peratus dengan tinjauan ekonomi global terus tertekan.

Bagi 2011, MTI berkata ekonomi republik itu berkembang 4.9 peratus, selepas berkembang 14.8 peratus pada 2010.

Dalam pengumuman terbaharunya mengenai pertumbuhan ekonomi di sini Khamis, MTI berkata Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura berkembang 3.6 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2011 berbanding dengan 6.0 peratus pada suku ketiga.

Berasaskan perangkaan sukuan ke sukuan yang diselaraskan secara bermusim, ekonominya menguncup 2.5 peratus, bertentangan dengan pertumbuhan 2.0 peratus pada sukuan sebelum ini.

MTI berkata ia mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya antara 1.0-3.0 peratus tetapi tidak mengambil kira risiko yang menyebabkan kelembapan yang berpunca dari luaran.

Jika perkara itu berlaku, MTI memberi amaran bahawa ia akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan Singapura. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Bilionair Rusia Beli Apartment RM278 Juta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain