suria

Bekas Presiden dan Naib Presiden Olympus Ditangkap

TOKYO: Bekas presiden syarikat pembuat kamera dan peralatan automasi - Olympus - telah ditahan oleh pihak berkuasa di sini ekoran dakwaan skandal kewangan yang disifatkan sebagai salah satu yang terbesar pernah melanda negara matahari terbit itu.

Tsuyoshi Kikukawa ditahan kerana didapati melanggar undang-undang dengan cuba 'membetulkan' kehilangan AS$1.7 bilion daripada kunci kira-kira syarikat gergasi dunia itu.

Pejabat Pendakwa Raya Awam Daerah Tokyo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan turut menyatakan bahawa mereka juga telah menahan bekas Naib Presiden, Hisashi Mori, 54, bekas Juru Audit, Hideo Yamada, 67, dan juga bekas eksekutif broker, Akio Nakagawa, 61 berhubung skandal tersebut.

Di samping mereka terdapat tiga lagi eksekutif broker turut ditahan oleh polis.

Kesemua mereka didakwa cuba memalsukan kunci kira-kira Olympus untuk menyembunyikan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh syarikat itu pada tahun 2006 dan 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain