suria

Gempa Berskala 6.5 Gegarkan Solomon

SYDNEY: Gempa kuat berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon semalam, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gegaran itu melanda tenggara bandar ibu negara, Honiara pada pukul 7.19 malam waktu tempatan dengan kedalaman 54 kilometer.

Pulau yang terletak di atas plat tektonik yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik itu pernah digegarkan gempa kuat berukuran 8.1 skala Richter pada tahun 2007, mengorbankan 52 mangsa dan menyebabkan beribu-ribu yang lain tinggal sehelai sepinggang. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain