suria

Ketua Editor Akhbar Ditembak Mati Di Brazil

SAO PAULO: Seorang Ketua Editor akhbar yang menentang penyelewengan di sempadan Brazil dengan Paraguay ditembak mati selepas satu mayat wartawan yang dibunuh ditemui di wilayah lain, pada Selasa.

Paulo Rodrigues, 51, dihampiri dua lelaki menaiki motosikal ketika memandu lewat kelmarin di bandar Ponta Pora, wilayah Mato Grosso do Sul, tempat akhbar Jornal da Praca dan laman web Mercosulnews.com beroperasi.

Suspek melepaskan 12 das tembakan, lima daripadanya terkena Rodrigues. Beliau mati di hospital selepas beberapa jam. - AP

Artikel Berikut

10 Cedera Serangan Bom Di Yala

Artikel Lain