suria

Kereta Kedutaan Israel Di India Meletup

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua orang cedera apabila sebuah kereta kedutaan Israel meletup di ibu negara India pada Isnin, dipercayai perbuatan kumpulan pengganas.

Jurucakap polis India, Rajan Bhagat berkata, kereta tersebut diletakkan berdekatan kedutaan Israel yang terletak di kawasan kediaman di tengah New Delhi.

Sementara itu, di Georgia, sebuah bom kawalan jauh dimatikan sepasukan polis negara ini selepas bahan letupan itu ditemui di dalam sebuah kereta pekerja kedutaan Israel di Tbilisi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Shota Utiashvii berkata, pekerja terbabit menemui bahan letupan tersebut di dalam kereta sebelum bertindak menghubungi polis.

"Bahan letupan itu dimatikan dan tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut," katanya. – AFP

Artikel Berikut

10 Cedera Serangan Bom Di Yala

Artikel Lain