suria

Televisyen Meletup, Tujuh Maut Di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan: Sebutir bom yang disembunyikan di dalam televisyen sebuah rumah berhampiran barat laut Pakistan meletup, awal pagi Ahad.

Letupan yang berlaku di kawasan terpencil di Peshawar menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh.

"Kira-kira tujuh orang maut yang terdiri daripada dua kanak-kanak, seorang wanita dan empat lelaki," kata pegawai polis, Kalam Khan.

Sementara itu, tiga yang lain mengalami kecederaan ringan akibat letupan itu.

Khan berkata, siasatan awal mendapati bom tersebut dipasang di dalam sebuah televisyen yang disewa sebelum meletup di bilik tetamu.

"Motif insiden dipercayai dilakukan kerana dendam," katanya.

Artikel Lain