suria

Runtuhan Salji Di Kosovo: Empat Lagi Mayat Ditemui

MITROVICA, Kosovo: Sekurang-kurangnya empat mayat ditemui selepas runtuhan salji melanda perkampungan di kawasan gunung selatan Kosovo pada Ahad.

Penemuan terbaru itu menjadikan angka kematian kini tujuh orang.

Seramai tiga lagi masih dilaporkan hilang tetapi seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berjaya diselamatkan dalam runtuhan tersebut.

Pegawai Daerah, Behar Ramadani berkata, kanak-kanak itu diselamatkan pada kedalaman salji 10 meter selepas runtuhan tersebut meranapkan tujuh rumah di perkampungan itu di Restelica, bersempadan dengan Macedonia dan Albania, Sabtu.

Artikel Lain