suria

Jepun Dilanda Salji Tebal, Ragut 83 Nyawa Setakat Ini

Seroang pendeta, Koyu Abe berjalan dikawasan taman permainan yang dilitupi salji tebal di Fukushima, utara Jepun. -Foto AP.
Seroang pendeta, Koyu Abe berjalan dikawasan taman permainan yang dilitupi salji tebal di Fukushima, utara Jepun. -Foto AP.
Seroang pendeta, Koyu Abe berjalan dikawasan taman permainan yang dilitupi salji tebal di Fukushima, utara Jepun. -Foto AP.

TOKYO: Bahagian utara negara Jepun pada Jumaat dilanda salji tebal dan hingga kini telah meragut nyawa 83 orang.

Jabatan kaji cuaca meramalkan salji setebal 60 sentimeter (24 inci) dijangka turun di bahagian utara terutamanya keseluruhan pulau Hokkaido dan pulau Honshu dalam tempoh 24 jam akan datang.

Di Sukayu, wilayah Aomori suhu semasa mencatatakan penurunan hingga 12.8 darjah Celcius (10 darjah Farenheit) pada Jumaat dan salji setebal empat meter diramalkan turun dalam tempoh terdekat.

Di Hijiori yang terletak di utara wilayah Yamata purata salji tahunan yang dicatatkan adalah 2.6 meter dan kini sudah dilitupi salji setebal empat meter.

Salji berkenaan turut turun dikawasan Kasumi di Hyogo dengan ketebalan 82 sentimeter, iaitu tujul kali ganda taburan salji tahunan yang sering dicatatkan iaitu 12 sentimeter.

Sejak November tahun lalu, salji turun tanpa henti dan ia telah mengorbankan kira-kira 60 nyawa. Kebanyakan daripada mereka meninggal dunia akibat terjatuh kerana cuba membersihkan salji di atas bumbung rumah dan jalan berhampiran.

Taburan salji yang melebihi kadar biasa turut mengorbankan 15 nyawa sementara empat lagi terbunuh di kolam air panas popular di sebuah pusat peranginan kata agensi pengurusan bencana negara tersebut.

Cuaca yang tidak menentu di Jepun telah menjadi tajuk utama di semua media di negara tersebut sejak beberapa minggu yang lalu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain