suria

Hong Kong Berdepan Masalah Kekurangan Pekerja

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong diminta supaya memperkenalkan satu skim tawaran kerja lebih komprehensif untuk menarik pekerja berbakat selepas kajian mendapati negara itu berdepan masalah kekurangan pekerja ekoran rakyatnya yang semakin meningkat usia.

Kajian yang dilakukan kerajaan tersebut mendedahkan tenaga kerja menurun kepada 14,000 menjelang 2018 dengan kadar pertumbuhan tenaga kerja agak perlahan iaitu 0.6 peratus.

Hong Kong memerlukan tenaga kerja sekitar 3.6 juta dalam tempoh enam tahun untuk memenuhi permintaan.

"Kerajaan akan meneruskan satu skim untuk menarik pekerja berbakat. Kami juga memperkenalkan beberapa pendekatan untuk menarik pelajar asing untuk bekerja di Hong Kong," kata jurucakap kerajaan Hong Kong.

Kajian menunjukkan masalah kekurangan pekerja tidak akan berlaku di setiap sektor pekerjaan.

Golongan mahir tidak akan terlibat dalam masalah mendapat pekerjaan tetapi akan berlaku lambakan di kalangan pekerja berkemahiran rendah.

Setiausaha Kewangan, John Tsang, awal bulan ini memberi amaran bahawa ekonomi Hong Kong akan terjejas pada suku pertama 2012 ekoran pasaran eksport yang lemah.

Ekonomi negara tersebut akan kembali pulih dengan peningkatan sebanyak 1 hingga 3 peratus sepanjang tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain