suria

Hakim Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Bekas Presiden Maldives

MALE: Hakim mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden Maldives, Mohamed Nasheed yang sebelum ini mendakwa beliau dipaksa meletak jawatan dalam satu rampasan kuasa, Selasa lalu.

Polis berkata pihaknya akan melaksanakan perintah waran tangkap terhadap Nasheed pada bila-bila masa.

“Kami boleh menahannya apabila kami memikirkan ia perlu. Kami perlu berhati-hati terutama bila dan bagaimana ia dilaksanakan nanti," katanya jurucakap polis, Abdul Mannan Yusuf.

Nasheed yang kini masih bersama anggota keluarganya tinggal di ibu negara Male dikatakan sedang merayu bantuan asing berikutan kehilangan jawatannya itu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain