321 Daerah Atau Bandar Di Indonesia Berisiko Tinggi Ditimpa Bencana - Dunia | mStar

321 Daerah Atau Bandar Di Indonesia Berisiko Tinggi Ditimpa Bencana

JAKARTA: Sejumlah 321 daerah atau bandar di Indonesia mempunyai risiko tinggi ditimpa bencana sama ada bencana alam, wabak penyakit dan konflik sosial. Manakala 173 daerah atau bandar mempunyai risiko yang sederhana.

Fakta ini terkandung dalam peta risiko nasional yang disiapkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, yang menyenaraikan 13 jenis bencana yang berlaku di republik itu.

Jenis-jenis bencana itu ialah gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, puting beliung, kemarau, banjir, tanah runtuh, gelombang ombak besar, kebakaran tanah dan hutan, wabak penyakit, kegagalan teknologi, kebakaran bangunan dan kawasan penempatan serta konflik sosial.

BNPB dalam paparan di laman webnya hari ini menyebut bahawa peta risiko nasional itu meliputi kesemua 33 negeri (provinsi) di Indonesia, untuk 13 jenis bencana itu.

Ia bagaimanapun tidak menyebut nama-nama daerah dan bandar yang dinyatakan berisiko tinggi terkena bencana itu.

Badan itu telah meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan terus memberi perhatian kepada soal pengurusan bencana bagi mengelakkan kesan-kesan buruk yang boleh menimbulkan kerosakan dan kerugian besar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Obama Telah Melebihi Jangkaan - Pemimpin Itali

Artikel Berikut

80 Maut Dalam Keganasan Di Syria

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain