Presiden Maldives Yang Diguling Dakwa Beliau Dipaksa Melepaskan Jawatan - Dunia | mStar

Presiden Maldives Yang Diguling Dakwa Beliau Dipaksa Melepaskan Jawatan

NEW DELHI: Presiden Maldives yang diguling Mohamed Nasheed berkata, beliau telah dipaksa untuk melepaskan jawatannya itu oleh pihak keselamatan negara tersebut dengan pengetahuan dan makluman pengantinya.

Berkata demikian kepada agensi berita AFP pada Rabu, Mohamed Nasheed mendakwa pihak polis dan tentera adalah pihak di belakang 'rampasan kuasa' tersebut.

Menurut Mohamed Nasheed, 44, beliau telah pergi ke Ibu Pejabat Tentera pada Selasa yang mana beliau telah dapati 18 pegawai polis dan tentera berpangkat pertengahan telah siap menanti ketibaannya.

"Mereka memberitahu saya jika saya tidak mahu melepaskan jawatan, mereka terpaksa menggunakan cara kekerasan," katanya sambil menambah "jadi saya mengambil kata-kata itu sebagai satu ancaman dan terfikir akan keselamatan mereka yang sedang berkhidmat di dalam kerajaan saya."

Bekas presiden negara kecil gugusan pulau-pulau peranginan itu kemudian menegaskan apabila peluang ini tiba, ia terus direbut oleh Naib Presiden Mohamed Waheed yang pada lewat Selasa telahpun mengangkat sumpah sebagai presiden yang baru.

Mohamed Waheed, bekas kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menegaskan bahawa beliau akan memastikan keluhuran perlembagaan dan undang-undang ditegakkan.

Pihak tentera juga telah menafikan menjadi sebahagian daripada plot rampasan kuasa itu.

Nasheed melepaskan jawatan setelah pihak keselamatan enggan menurut perintahnya yang mengarahkan mereka menyuraikan tunjuk perasaan anti-kerajaan yang menuntut peletakan jawatan presiden.

Nasheed kemudian mendakwa beliau telah dibawa secara paksa kembali ke pejabat presiden di mana pegawai-pegawai polis dan tentera ini memaksanya menulis surat peletakan jawatannya di atas kepala surat rasmi kerajaan.

Menurut Nasheed, rampasan kuasa itu adalah sebahagian daripada perancangan pihak pembangkang khususnya oleh Maumoon Abdul Gayoom iaitu calon yang ditumpaskannya dalam pilihan raya presiden 2008.

Artikel Berikut

Qantas Akan Periksa Semua Jet Super Jumbo

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain