suria

Keluarga Bekas Presiden Maldives Lari Ke Sri Lanka

COLOMBO: Isteri dan anak-anak bekas presiden Maldives yang diguling, Mohamed Nasheed telah meninggalkan negara kepulauan tersebut dan tiba di sini selepas beberapa siri keganasan meletus.

Menurut agensi berita AFP, isteri Mohamed Nasheed dan dua orang anaknya telah tiba dari Maldives dan bercakap dengan presiden Sri Lanka menerusi telefon petang semalam (Rabu).

Jurucakap pejabat Presiden Mahinda Rajapakse, Bandula Jayasekera mengesahkannya kepada wartawan AFP.

Sri Lanka adalah jiran terdekat Maldives selain India.

Artikel Lain