suria

Puluhan Rakyat Terbunuh Dalam Serangan Hari Kelima Di Bandar Homs

BEIRUT: Berpuluh-puluh rakyat terbunuh pada Rabu selepas tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas di bandar Homs, tengah Syria yang berterusan untuk hari kelima.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kematian berpunca daripada serangan meriam oleh tentera kerajaan.

"Kami menjangkakan jumlah kematian akan meningkat kerana kebanyakan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan," kata aktivis, Rami Abdel Rahman.

Beberapa aktivis berkata, serangan meriam disasarkan ke kawasan kediaman, Baba Amr di mana kebanyakan bangunan musnah sama sekali dan bekalan elektrik terputus.

"Tentera kerajaan menggunakan roket dan mortar yang memusnahkan kemudahan infrastruktur di bandar tersebut. Keadaan semakin meruncing dan bekalan makanan berkurangan," katanya.

Serangan bertubi-tubi turut memusnahkan beberapa kediaman di Khaldiyeh, Bayada, Karm el-Zeytoun dan Wadi Iran.

Tiga buah keluarga dilaporkan maut di Assabil dan Nazihin, Selasa.

Artikel Lain