suria

Presiden Maldives Letak Jawatan

MALE, Maldives: Presiden Maldives, Mohamed Nasheed mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa ekoran bantahan orang ramai berhubung perintah kontroversinya untuk menahan seorang hakim kanan.

Pengumuman berhubung peletakan jawatannya disiarkan secara langsung petang Selasa selepas polis menyertai demonstrasi dan bertempur dengan sekumpulan askar di jalan raya.

"Saya tidak mahu menyakitkan rakyat Maldives. Jika saya masih berkuasa, saya percaya keadaan akan menjadi lebih teruk. Jadi langkah terbaik adalah untuk saya mengundur diri," katanya.

Jawatan tersebut akan diambil-alih Timbalan Presiden Mohammed Waheed Hassan.

Keputusan peletakan jawatan itu dibuat seminggu selepas demonstrasi di negara tersebut yang terkenal dengan keindahan tempat peranginannya.

Pemerintahan Nasheed ditolak majoriti rakyat Maldives selepas beliau mengarahkan penangkapan ke atas Ketua Hakim Mahkamah Jenayah, Abdulla Mohamed.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain