suria

Lapan Ahli Boko Haram Terbunuh Dalam Serbuan Tentera Nigeria

KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya lapan suspek kumpulan radikal Islam, Boko Haram terbunuh dalam satu serangan yang dilancarkan oleh tentera Nigeria, petang Isnin.

Serbuan di tempat persembunyian kumpulan tersebut di Kano dilakukan kerana sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai ahli Boko Haram terlibat dalam pengeboman sebuah balai polis di bandar berhampiran.

Dalam insidern itu, ahli kumpulan tersebut turut menembak kaki seorang pegawai polis.

"Tentera berjaya membunuh lapan lelaki bersenjata, menahan lima yang lain dan menemui 20 bom buatan sendiri," kata jurucakap pegawai tentera.

Menurut sumber, beberapa ahli kumpulan tersebut berjaya melarikan diri ketika serbuan.

"Kami turut menemui senjata dalam kuantiti yang banyak. Kami percaya kawasan persembunyian itu dijadikan tempat menyimpan senjata api," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain