1,414 Banduan Dibebaskan Sempena Hari Kemerdekaan Sri Lanka - Dunia | mStar

1,414 Banduan Dibebaskan Sempena Hari Kemerdekaan Sri Lanka

COLOMBO: Kira-kira 1,414 banduan dibebaskan sempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-64 Sri Lanka, kata pegawai penjara.

Presiden Mahinda Rajapakse memberikan pengampunan terhadap banduan yang menjalani hukuman ringan.

Bagaimanapun, banduan berprofil tinggi, bekas ketua tentera dan calon presiden yang kalah, Sarath Fonseka tidak berada dalam senarai yang dibebaskan.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Rajapakse akan menggunakan Hari Kemerdekaan untuk memberi pengampuan kepada pencabarnya.

Artikel Berikut

200 Terbunuh Dalam Serangan Di Syria

Artikel Berkaitan

Artikel Lain