suria

Syarikat Penerbangan Malev Henti Operasi

Keadaan penumpang Malev yang terkandas di Lapangan Terbang Liszt Ferenc di Budapest, Hungary apabila syarikat penerbangan itu menghentikan operasi pada Jumaat. - AFP

BUDAPEST: Syarikat penerbangan di Hungary menghentikan operasi melibatkan semua penerbangan sehingga menyebabkan lebih 7,000 penumpang terkandas pada Jumaat, disebabkan oleh keadaan kewangan yang tidak menentu.

Malev yang telah menjual tiket sehingga Khamis mempunyai hutang kira-kira $270 juta (RM853.18 juta) dan tidak berupaya untuk mencari pelabur baru.

Syarikat penerbangan milik negara yang ditubuhkan setahun selepas tamat Perang Dunia Kedua itu telah menghentikan semua penerbangan pada Jumaat.

Malev merupakan anggota perikatan bagi syarikat penerbangan One World yang turut termasuk American Airlines dan British Airways.

Pengarah Urusannya, Lorant Limburger berkata, rakan niaganya telah hilang kepercayaan pada Malex dan mula menuntut bayaran pendahuluan bagi perkehidmatan mereka sejak beberapa hari lepas.

“Ini mempercepatkan aliran keluar tunai sehingga ke tahap yang berlaku pada hari ini apabila syarikat penerbangan ini tidak lagi kukuh,” kata Limburger dalam satu kenyataan bagi mengumumkan penutupan tersebut.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang,” katanya.

Malev pada awal minggu ini mula beroperasi di bawah tahap perlindungan kebankrapan dan seseorang telah dilantik oleh kerajaan untuk menyelia syarikat itu.

Pegawai syarikat itu berkata, pemberhentian operasi serta-merta itu memberi kesan kepada kira-kira 7,200 penumpang iaitu 3,500 orang di Hungary dan lebih 3,700 di luar negara – yang dijangka menggunakan penerbangan Malev pada Jumaat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

31 Terkorban Pengeboman Di Pakistan

Artikel Lain