suria

Eropah Haru-Biru Lebih 100 Mati Akibat Cuaca Sejuk Yang Melampau

WARSAW: Cuaca sejuk melampau yang melanda sebahagian besar benua Eropah sekarang telah menyebabkan lebih 110 kematian - dari Perancis sehinggalah ke Ukraine.

Di sesetengah tempat salji tebal yang melanda dan angin sejuk menurunkan suhu sehingga -32 darjah selsius.

Di Poland sahaja sembilan orang telah meninggal dunia dalam satu malam kerana suhu menurun sehingga ke tahap membeku. Jumlah mangsa kesejukan yang telah meninggal dunia di Poland sahaja telah meningkat kepada 29 orang sejak seminggu yang lalu.

Di Ukraine beribu-ribu orang telah meninggalkan kediaman masing-masing menuju ke kawasan yang tidak begitu teruk dilanda salji tebal selepas 63 orang disahkan terbunuh kesejukan.

Di lain-lain negara di serata Eropah, 30 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat kesejukan yang melampau, demikian menurut angka yang dikumpulkan oleh agensi berita Perancis, AFP.

Artikel Lain