suria

Dua Rakyat M'sia Antara Yang Ditahan Edar Dadah Di Indonesia

JAKARTA: Polis Indonesia mengumumkan bahawa mereka telah berjaya merampas dadah bernilai AS$14.3 juta yang cuba dibawa masuk dari Iran, China dan Belanda dalam satu operasi besar-besaran baru-baru ini.

Dadah-dadah itu adalah dari jenis methamphetamine dan lain-lain dadah berbahaya.

Dua orang warga Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam operasi tersebut, kata jurucakap polis, Saud Usman Nasution kepada para pemberita di sini.

Katanya, sejumlah 55 kilo methamphetamine yang cuba diseludup masuk dari Iran telah dirampas manakala 50,000 pil estasi cuba dibawa masuk dari Belanda dan 30,000 pil amphetamine dibawa dari China.

Bulan lalu, polis Indonesia juga berjaya menumpaskan satu sindiket membawa masuk methamphetamine bernilai AS$5.5 juta oleh para penyeludup dari Iran.

Artikel Lain