suria

Selepas Lebih 10 Tahun Rafale Kini Hampir Jadi Pilihan Antarabangsa

Pesawat tempur Rafale buatan Perancis.
Pesawat tempur Rafale buatan Perancis.
Pesawat tempur Rafale buatan Perancis.

PARIS: Selepas hampir 10 tahun berusaha untuk mempromosikan pesawat juang ini untuk pasaran antarabangsa, akhirnya Rafale - pesawat pejuang pelbagai fungsi buatan Perancis semakin hampir menembusi pasaran dunia.

India pada Selasa telah mengumumkan bahawa mereka memilih pembuat Rafale - Dassault Aviation dan bukannya Eurofighter - untuk meneruskan bidaan menawarkan 126 buah pesawat yang dianggarkan bernilai AS$12 bilion.

Sebuah pesawat Rafale dianggarkan bernilai Euro 100 juta atau AS$131 juta.

Rafale pada asalnya dicipta untuk mengantikan tujuh jenis pesawat pejuang milik angkatan udara Perancis termasuklah pesawat ikonik, Mirage series.

Angkatan udara Perancis kini memiliki 180 buah pesawat Rafale.

Pesawat ini boleh mencapai kelajuan maksimum Mach 1.8 - 2,000 kilometers (1,200 miles) sejam atau dua kali kelajuan bunyi.

Pesawat ini juga boleh membawa misil sehingga 10 tan.

Selain India, Brazil juga telah bersetuju untuk membeli 36 buah pesawat Rafale ketika lawatan rasmi Presiden Nicolas Sarkozy pada 2009.

Begitu juga dengan UAE dan Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain