suria

Polis Senegal Guna Gas Pemedih Mata Lerai Perhimpunan

DAKAR: Polis Senegal terpaksa menyembur gas pemedih mata untuk meleraikan ribuan peserta perhimpunan yang ibu negara itu yang menuntut Presiden Abdoulaye Wade membatalkan hasrat mengekalkan pemerintahannya untuk penggal ketiga.

Kumpulan pembangkang yang bersatu di bawah kumpulan dinamakan Pergerakan 23 Jun, meminta orang awam keluar berhimpun sejak Jumaat lalu supaya jangan memberi mandat terhadap Wade pada pilihan raya 26 Februari ini.

Ribuan berkumpul di kawasan pinggir bandar yang kebanyakannya terdiri pekerja kelas bawahan di Colobane dengan polis pencegah rusuhan terpaksa dikerah bagi mengawal keadaan.

Ketika keadaan bertukar menjadi ganas, polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata sebelum penunjuk perasaan bersurai meskipun ada segelintir remaja bertindak membakar tayar dan bertempur dengan polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain