Mitt Romney Perkukuh Kedudukan Sebagai Calon Popular Parti Republikan Untuk Tanding Kerusi Presiden AS - Dunia | mStar

Mitt Romney Perkukuh Kedudukan Sebagai Calon Popular Parti Republikan Untuk Tanding Kerusi Presiden AS

TAMPA (Florida): Calon popular Parti Republikan untuk kerusi presiden Amerika Syarikat - Mitt Romney berjaya memenangi pemilihan partinya untuk negeri Florida menewaskan pencabar terdekat Newt Gingrich - sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai pemimpin yang layak menentang Barack Obama November depan.

Parti Demokrat tidak perlu memilih calon untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya presiden November ini kerana Obama telah pun mengisytiharkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan.

Dalam sistem pemilihan Amerika, parti-parti yang berhasrat meletakkan calon untuk merebut kerusi presiden akan terlebih dahulu memilih calon-calon yang layak dari kalangan mereka.

Cara pemilihan itu samalah juga sepertimana pemilihan presiden cuma bezanya ia akan ditentukan oleh ahli-ahli parti di setiap negeri.

Kemenangan Romney di Florida sangat bermakna kerana negeri itu mempunyai jumlah delegasi yang sangat besar berbanding negeri-negeri lain di Amerika.

Pada 21 Januari lalu, Romney tewas kepada Gingrich di negeri Carolina Selatan.

Gingrich, yang juga merupakan bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika berikrar akan tetap meneruskan persaingan.

Romney yang juga seorang jutawan mempunyai kelebihan dari segi dana berbanding Gingrich.

Dalam pemilihan di Florida, Romney memperolehi 46 peratus undi, berbanding Gingrich 32 peratus manakala calon-calon lain seperti bekas Senator Rick Santorum memperolehi 13 peratus undi dan ahli kongres Texas, Ron Paul hanya sekadar 7 peratus undi.

Kemenangan di Florida juga membawa nilai sebanyak 50 undi perwakilan untuk Romney sekalis menjadikan jumlah keseluruhan undi perwakilan yang telah diperolehinya sekarang menjadi 87 berbanding 26 untuk Gingrich, 14 untuk Santorum manakala Paul hanya empat.

Setiap calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya 1,144 undi perwakilan bagi membolehkan mereka mewakili parti Republikan dalam pemilihan sebenar November nanti menentang Barack Obama.

Keputusan muktamad akan diketahui pada Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan yang akan berlangsung di sini hujung Ogos nanti.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain