suria

Lari Serangan Puak Pemberontak Korbankan 11 Askar Pakistan Di Wilayah Baluchistan

QUETTA (Pakistan): Pemberontak dari puak Baluchistan telah menyerang dan membunuh 11 anggota keselamatan Pakistan dan mencederakan 12 yang lain.

Pertempuran itu berlangsung selama lebih lima jam.

Para pemberontak itu dikatakan menyerang dua pos tentera yang mengawal sebuah kawasan perlombongan arang batu di Margut, 60 kilometer dari bandar ini.

Adalah dipercayai lebih daripada 20 orang pemberontak telah melancarkan serangan tersebut.

Kumpulan pemberontak itu dikenalpasti sebagai kumpulan yang dipimpin oleh Harbiar Marri yang kini bermastautin di London.

Pemberontak Baluchistan berjuang untuk memperolehi autonomi sejak 2004 dan mahukan perkongsian yang lebih besar hasil bumi yang diperolehi dari negeri mereka.

Ini bukanlah serangan puak pemberontak yang pertama ke atas askar kerajaan tahun ini.

Pada 26 Januari, enam orang askar telah terbunuh di satu pos kawalan di Dera Bugti, yang terletak 400 kilometer dari sini.

Pakistan juga berhadapan dengan ancaman Taliban di sempadan berhampiran Afghanistan, yang menyaksikan 14 orang askar terbunuh dalam tempoh seminggu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain