suria

Hanya 30 Peratus Kilang Dibuka Semula Selepas Banjir Thai

BANGKOK: Hanya kira-kira 30 peratus daripada 888 kilang yang dilanda banjir paling buruk di Thailand di dalam tempoh beberapa dekad telah dibuka semula sebulan selepas air surut.

Seorang Timbalan Jurucakap Kerajaan Charitrat Jantarubegsa hari ini berkata 258 kilang telah memulakan semula operasi sehingga 27 Jan.

Dalam langkah untuk mengurangkan kesukaran mereka, kerajaan telah mengecualikan tarif import bagi mahan mentah dan jentera yang dianggarkan bernilai 21.5 bilion Baht (kira-kira RM2.15 bilion).

Katanya mesyuarat Kabinet hari ini turut meluluskan satu cadangan untuk mengecualikan tarif import terhadap lima barangan plastik PVC, tin aluminium, penutup tin aluminium, mesin basuh dan peti air sejuk dari 1 Jan sehingga 30 Jun.

Langkah itu perlu kerana kilang tempatan belum berupaya memenuhi permintaan kilang pengeluaran yang menerima kesan banjir berkenaan, katanya selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Banjir, yang melanda negara itu berperingkat-peringkat dari Julai tahun lepas dan berakhir bulan lepas, telah menggenangi satu pertiga Thailand, dengan memberi kesan kepada lebih 4.2 juta keluarga manakala tujuh estet perindustrian menerima kesan teruk, dengan memberi kesan terhadap hampir sejuta pekerja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain