suria

Empat Terbunuh Di Pattani Bukan Militan

BANGKOK: Siasatan awal menunjukkan empat orang yang ditembak mati oleh pasukan renjer di Pattani pada Isnin bukan merupakan anggota militan seperti yang didakwa pihak berkuasa sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yuthasak Sasiprapha yang menegaskan, Isnin bahawa mereka yang terbunuh merupakan anggota militan dan bukan orang awam, pada Selasa berkata siasatan awal menunjukkan perkara sebaliknya.

Beliau yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan bagaimanapun berkata, siasatan terperinci masih dijalankan bagi memastikan keadilan kepada pihak berkuasa dan orang kampung.

"Semua pihak termasuk tentera dan pihak berkuasa wilayah menyertai bersama siasatan termasuk dalam menentukan sekiranya operasi tentera mengikut prosedur yang betul.

"Sekiranya pihak berkuasa bersalah, ia bermakna pihak berkuasa tetap bersalah, tetapi sekiranya pihak berkuasa benar, mereka perlu menjelaskan kepada orang awam,” katanya kepada pemberita. — BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain