suria

Ekonomi Thailand Tumbuh 5.0 Peratus Tahun Ini

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra mengunjurkan ekonomi negara itu berkembang 5.0 peratus tahun ini, yang dirangsang oleh penggunaan domestik dan pasaran eksport.

Thailand akan mengembangkan lagi pasaran eksportnya di Timur Tengah, India dan Asean, katanya pada satu seminar ekonomi di sini Rabu.

Katanya antara faktor yang akan memberi kesan pada ekonomi Thai termasuk ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), turun naik tukaran asing dan bencana.

Katanya kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah eksekutif untuk mendapatkan pinjaman berjumlah 350 bilion Baht bagi membiayai projek program pengurusan air dan pembinaan pasca banjir bagi memastikan pertumbuhan negara itu pada masa depan.

"Jika kerajaan tidak mengambil langkah ini, para pelabur asing tidak akan dapat melihat pelan tindakan sebenar kerajaan untuk menyelesaikan masalah."

"Para pelabur kemungkinan menarik keluar pelaburan dan berpindah melabur di negara lain," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain