suria

31 Terkorban Pengeboman Di Pakistan

PARACHINAR (Pakistan): Jet pejuang Pakistan pada Rabu, telah mengebom dua kumpulan komander militan yang bersembunyi di sepanjang sempadan Afghanistan, membunuh sehingga 31 pemberontak, menurut pegawai kerajaan dan pegawai keselamatan.

Salah seorang daripada mereka yang dilaporkan dibunuh ialah Ketua pemimpin Taliban Pakistan di Orakzai, Moin ud Din, kata seorang pegawai keselamatan, yang memberi kenyataan dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

Ia adalah suatu yang mustahil untuk mengesahkan tentang maklumat tersebut sewenang-wenangnya kerana kawasan sempadan itu amat terhad untuk pemberita.

Puak militan mempertikaikan tentang kisah tenteranya yang mengalami kecederaan manakala kumpulan hak asasi manusia berkata orang awam sering mati dalam tindakan ketenteraan.

Terdapat serangan udara di kawasan yang bersempadan dengan Kurram dan Orakzai, kata pegawai kerajaan Wajid Khan dan Ameer Gul.

Serangan kemudiannya disusuli pertempuran antara tentera dan militan ke atas puncak gunung yang di kedudukan strategik di Kurram yang mengorbankan lebih 60 orang pada minggu lepas.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tentera Pakistan telah melancarkan satu siri serangan terhadap militan di kawasan sempadan, yang hanya dikawal kerajaan pusat.

Mereka memperoleh beberapa kejayaan, tetapi kawasan yang besar kekal di bawah kawalan berkesan pihak pelampau, yang menggunakan rantau ini untuk merancang serangan di bandar-bandar Pakistan dan Afghanistan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain