Mahkamah Tetapkan 4 April Untuk Perbicaraan Kes NFC - Dunia | mStar

Mahkamah Tetapkan 4 April Untuk Perbicaraan Kes NFC

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Selasa menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadaan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau.

Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi.

Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan.

Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas.

Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shamsulbahrin diwakili Zarina Ismail. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kereta Dibom, Tiga Askar Iraq Terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain