suria

Kereta Dibom, Tiga Askar Iraq Terbunuh

BAGHDAD: Seorang pegawai Iraq berkata, letupan bom di utara Baghdad menyebabkan seramai tiga askar Iraq terbunuh.

Ia berlaku beberapa jam sebelum parlimen negara itu bergabung semula selepas penggubal undang-undang Sunni disokong mengakhiri boikot mereka bagi memprotes penindasan terhadap pegawai-pegawai Sunni.

Jurucakap polis di wilayah Diyala, Mejar Ghalib al-Karkhi berkata, sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kenderaan peronda tentera meletup pada lewat Isnin di Baqouba yang mengorbankan tiga askar dan mencederakan tiga yang lain.

Baqouba merupakan bekas kubu yang kuat bagi al-Qaeda yang terletak 60 kilometer dari timur laut Baghdad.

Al-Qaeda sering mensasarkan pasukan keselamatan Iraq sejak tentera Ameriksa Syarikat (AS) meninggalkan kawasan itu pada Disember lalu.

Kumpulan itu muncul untuk mengeksploitasi krisis politik yang tercetus selepas kerajaan pimpinan Syiah mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Sunni atas tuduhan keganasan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain