suria

Gaji Minimum Baru Di Wilayah Bekasi Bermula Dari RP1,491,000

JAKARTA: Kerajaan negeri Java Barat telah menetapkan gaji minimum baharu untuk semua syarikat dan industri di wilayah Bekasi berikutan perjanjian yang dicapai antara kerajaan, Persatuan Majikan Indonesia (Apindo) dan kesatuan pekerja Bekasi.

Gaji minimum standard untuk tahun fiskal 2012 telah ditetap pada Rp 1,491,000 (RM1=2,952.98) untuk pekerja am, Rp 1,715,000 untuk pekerja perindustrian dalam kategori I dan Rp 1,849,000 untuk pekerja kategori II.

Gaji baharu ini dipersetujui oleh kesatuan pekerja, Apindo dan pentadbiran wilayah Bekasi dalam mesyuarat pada hari Jumaat.

Mesyuarat itu diselia oleh Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Hatta Rajasa dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar, diadakan selepas perhimpunan besar oleh ribuan pekerja Bekasi awal hari berkenaan.

Sebelum ini, pentadbiran negeri Java barat telah menetapkan upah minimum Rp1,491,866, Rp1,715,645 dan Rp 1,849,913 untuk setiap kategori pekerja. Bagaimanapun, Apindo dari wilayah Bekasi telah memfailkan tuntutan undang-undang di Bandung untuk menolaknya.

Mahkamah dalam keputusannya pada 26 Jan, telah membatalkan dekri pentadbiran ke atas upah minimum yang telah ditetapkan terdahulu dan mengarahnya untuk mengeluarkan dekri baharu berasaskan perjanjian upah bersama antara ahli perniagaan dan kesatuan pekerja.

Artikel Lain