suria

Suu Kyi Mula Kempen Pilihan Raya Parlimen Myanmar

DAWEI (Myanmar): Pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi muncul julung kali dalam kempen pilihan raya Parlimen Myanmar di kawasan pedalaman negara itu.

Ribuan penyokong membanjiri ruang legar lapangan terbang untuk menyambut kehadiran Suu Kyi di selatan bandar, Dawei.

Beberapa sepanduk yang memaparkan wajah Suu Kyi turut menghiasi kawasan tersebut.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan berusia 66 tahun itu menghabiskan sebahagian besar hidupnya menentang pemerintahan tentera tetapi 15 tahun daripada 23 tahun diletakkan dalam tahanan rumah dan tidak pernah menjadi Ahli Parlimen

Jika Suu Kyi menang, beliau hanya mempunyai kuasa terhad dalam dewan perwakilan yang masih dikuasai tentera dan parti pemerintah tetapi kemenangan akan menjadi simbol serta memberi peluang beliau untuk bersuara dalam kerajaan buat kali pertama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain