suria

27 Maut Dalam Kebakaran Di Pusat Pemulihan Dadah

LIMA (Peru): Sekurang-kurangnya 27 maut dalam kebakaran di pusat pemulihan penagih dadah swasta setinggi dua tingkat pada Sabtu.

Lima lagi mangsa dilaporkan cedera ketika anggota bomba memecahkan dinding untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam bangunan tersebut.

Menteri Kesihatan Peru, Alberto Tejada berkata, pusat pemulihan untuk penagih dadah dan kaki botol itu dipercayai beroperasi tanpa lesen dan terlalu padat serta penghuninya tinggal seperti bandunan.

Pihak berkuasa memberitahu, 26 orang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia beberapa jam lalu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelemat Peru, Antonio Zavala berkata, kebanyakan mangsa maut kerana sesak nafas.

Kesemua mangsa adalah lelaki.

Jurucakap polis berkata, insiden itu berlaku pada pukul 9 pagi dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain