suria

Presiden Afghanistan Bakal Bincang Dengan Cameron Di UK

LONDON: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang kini berada di Britain akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri negara itu, David Cameron sehari selepas Perancis mengumumkan ia akan menarik balik tenteranya setahun lebih daripada tarikh 2004 yang dipersetujui oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Cameron dikatakan akan berjumpa dengan Karzai di Chequers, rumah istirehat perdana menteri itu di luar London.

Pejabat Luar Britain berkata, mesyuarat itu adalah mengenai perkongsian jangka panjang dan komitmet selepas 2014 serta keperluan untuk kemajuan pada landasan politik.

Ia juga untuk dipastikan mengenai kesan daripada pengumuman yang dibuat oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy bahawa askar-askra negara itu akan mempercepatkan pengeluaran mereka dan meninggalkan Afghanistan menjelang akhir tahun depan, dan bukannya pada 2014.

Britain mempunyai kira-kira 9,500 tentera di Afghanistan dan berkata terdapat rancangan untuk menarik balik hampir kesemuanya menjelang akhir 2014. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain