suria

Polis Dibunuh Dalam Serangan Papua

TIMIKA: Penyerang bersenjata menembak mati seorang polis apabila mereka menyerbu sebuah peronda separa tentera di wilayah bergolak Papua, Indonesia, kata pihak berkuasa.

Kumpulan itu melepaskan tembakan kepada 12 polis separa tentera yang ketika itu sedang menjalankan rutin membuat rondaan di tanah tinggi Puncak Jaya, di tengah-tengah Papua, kata jurucakap polis wilayah, Wachyono.

“Seorang polis ditembak di kepala. Pegawai kami masih mencari penyerang terbabit,” katanya mengenai kejutan terbaru dalam keganasan yang berlaku di daerah tanah tinggi itu, dipercayai menjadi hab pemisah Papua.

Penyerang-penyerang itu turut menembak mati seorang seorang penjual makanan pada minggu lepas di daerah itu di mana beratus-ratus bantuan separa tentera telah dihantar pada Oktober lalu.

Penduduk Papua yang sebahagiannya daripada etnik Melanesia telah menolak status autonomi khas mereka di Indonesia dna kumpulan pemisah yang bersenjata telah berjuang dalam pemberontakan itu.

Kuasa-kuasa Indonesia didakwa menyeksa dan mencabuli hak asasi manusia di Papua.

Jakarta menafikan semua dakwaan itu namun enggan membenarkan media asing atay pekerja bantuan ke rantau itu bagi melaksanakan keperluan masing-masing. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain